Penjagaan kebersihan mulut

Penjagaan Kebersihan Mulut memberi fokus kepada pencegahan dan pemeliharaan kesihatan gigi serta gusi secara menyeluruh. Rawatan ini merangkumi pemeriksaan gigi, pembersihan karang gigi (scaling), penggilapan gigi, serta nasihat penjagaan harian yang betul mengikut keadaan mulut pesakit.

Melalui servis ini, masalah seperti bau mulut, gusi berdarah, pembentukan plak dan karang gigi dapat dicegah lebih awal sebelum menjadi lebih serius. Penjagaan kebersihan mulut yang konsisten bukan sahaja memastikan senyuman kelihatan bersih dan segar, malah membantu mengekalkan kesihatan mulut untuk jangka panjang.

Tempah Slot Anda Hari Ini

Senyuman sihat anda bermula dengan 1 langkah mudah: hubungi kami sekarang.

Klinik Pergigian Ezhany. Copyright © 2026. All rights reserved.