Dah berus gigi, tapi karang gigi masih ada? Scaling gigi (teeth scaling) di Klinik Pergigian Ezhany, Subang Bestari, ialah pembersihan gigi profesional untuk membuang karang gigi, plak dan kotoran degil yang tak hilang dengan memberus biasa, termasuk di celah gigi dan di bawah garis gusi. Ia membantu mencegah gusi berdarah, nafas berbau dan penyakit gusi seperti gingivitis.
Disarankan setiap 6 bulan untuk menjaga kesihatan gigi dan gusi.
Bila patut buat scaling?
- Gusi berdarah bila memberus gigi
- Nafas berbau walaupun dah berus gigi
- Nampak karang keras kekuningan di tepi gigi atau dekat gusi
- Dah lebih 6 bulan sejak scaling terakhir
Proses scaling
Pemeriksaan
Scaling
Nasihat dan kit
Pakej & harga scaling
Basic Scaling
- Gusi lebih bersih
- Nafas lebih segar
- Nasihat penjagaan kesihatan mulut
- Kit kebersihan mulut untuk dibawa pulang
Deep Scaling
- Semua manfaat scaling biasa
- Scaling lembut (gentle scaling)
- Pembersihan mendalam (deep cleaning)
- Kit kebersihan mulut untuk dibawa pulang
Doktor gigi kami
Dr Nur Faezin Binti Abdul Rahim
Dr. Rania Nazrin
Klinik Pergigian Ezhany Subang Bestari (Kids Friendly)
428 Google reviewsPosted on Google![]()
Lina MalekTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Good service by doctor & staff. Doctor so friendly that kids comfortable with her. Nice experience.Posted on Google![]()
Asyiqin AzizTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
I recently did scaling here. Dr Rania was very gentle, environment is nice, my go to clinic for routine scaling and checkups. Thank you!Posted on Google![]()
Husna KamilinTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
First dental visit for my kid. Dr Rania was very gentle and well in handling kids.Posted on Google![]()
junaida jakparTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
good servicePosted on Google![]()
Kamaruzaman MuhammadTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Best experience Dr and friendly staff.Posted on Google![]()
TanTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
very nice doctor, i had doctor kang szu szu, she’s very informative and knowledgeablePosted on Google![]()
Fiza ShaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
hrini bwk anak2 n husband cek gigi dgn doctor alia.. doctor explain sgt detail, sng faham.. anak pun tenang je.. boleh dtg lagi nti..Posted on Google![]()
FilzahTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doktor Alia best, kids friendly. Anak pun suka Klinik selesa ❤️Posted on Google![]()
azmawidaTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat memuaskanPosted on Google![]()
hajar sanusiTrustindex verifies that the original source of the review is Google.
Doktor sangat friendly.Load more
Soalan lazim
Kebanyakan pesakit hanya rasa tekanan atau getaran ringan. Kalau gusi sensitif atau karang gigi banyak, rasa tidak selesa boleh lebih ketara. Beritahu doktor kalau anda rasa tidak tahan.
Disarankan setiap 6 bulan. Doktor mungkin cadangkan lebih kerap kalau karang gigi cepat terbentuk atau ada masalah gusi.
Sedikit ngilu pada air sejuk atau sengal pada gusi selepas scaling adalah perkara biasa, dan biasanya beransur hilang. Hubungi klinik kalau ia berpanjangan atau makin teruk.
Tidak. Scaling tidak mencipta celah baharu. Karang gigi yang dibuang tadi mengisi ruang di antara gigi, dan gusi yang bengkak akan surut bila sihat semula, jadi celah yang sedia ada baru nampak.
Basic Scaling (RM200) untuk pembersihan biasa, kira-kira 20-30 minit. Deep Scaling (RM300) untuk kesan karat pada gigi (staining) dan gigi sensitif, termasuk scaling lembut dan pembersihan mendalam, kira-kira 30-45 minit.